Memoir Abdullah C.D. (Bahagian Kedua): Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10 (RM 35.00)
(This is the second part of the memoir of Abdullah CD's - a former leader of the guerrilla movement during the Emergency, who now lives in his old age in a village in southern Thailand, who is featured in Amir Muhammad's movie, Apa Khabar Orang Kampong, which is banned in Malaysia. The book is written in Malay.)
Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Memoir Abdullah C.D. bahagian kedua ini secara khusus memfokuskan kepada perjuangan bersenjata menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya kini Malaysia yang bermula pada bulan Jun 1948.
Secara umum bolehlah disimpulkan perjuangan bersenjata Anti-British adalah akibat wajar dari kesedaran nasional dan patriotisme Malaya yang mulai berkembang pada tahun 30-an. Perang Dunia Kedua telah mempertingkatkan kesedaran tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Selepas tamat perang tersebut, gerakan kemerdekaan yang diterajui oleh PKM, PKMM, API, AWAS, BTM, Kesatuan2 Buruh dan lain-lain berkembang menggelora.
Sesuai dengan tajuk Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Abdullah C.D. tidak hanya menubuhkan Rejimen Ke-10, tetapi juga telah memimpin pasukan itu melancarkan perjuangan
tak kenal ampun menentang kekuasaan penjajah British. Tahun 1953, atas perintah Markas Agung TPNM, beliau memimpin sebahagian pasukan Rejimen Ke-10 menempuh berbagai rintangan dan tiba di kawasan sempadan dengan jayanya. Sejak itu beliau pula bertungkus lumus memimpin pasukan membangun basis sempadan demi meneruskan perjuangan
sehinggalah wujudnya penandatanganan perjanjian damai Haadyai pada tahun 1989.