Monday, October 09, 2006

Politics - Bahasa


Islam & Pluralisme arranged by Al-Mustaqeem Mahmod Radhi and Khairul Anam Che Mentri (RM 20.00)

Isu pluralisme mula mendapat perhatian sejak Majelis Ulama Indonesia (MUI), pada Julai 2005, menerusi Musyawarah Nasional VII (Munas) organisasi berkenaan, mengeluarkan fatwa menghukum haram pluralisme, liberalisme and sekularisme.

... Sebahagian besar tulisan di dalam buku ini dikutip dan diterjemah dari pelbagai sumber. Seluruh kandungannya merupakan percubaan untuk menjelaskan realiti kejamakan, atau pluraliti, dan keberadaan pluralisme keagamaan di dalam teks-teks utama Islam (Quran dan hadith), sejarah, amalan, dan di dalam karya-karya sarjana agung Muslim, terutama dari aliran sufisme… (Prakata, Islam dan Pluralisme)



Bercanda dengan Mahathir
by Rustam A. Sani (RM 20.00)

Buku ini merupakan himpunan rencana-rencana akhbar yang ditulis oleh Rustam A Sani, seorang penganalisis politik yang prolific lagi gigih. Karya-karya yang dihimpunkan dalam buku ini meliputi ruang waktu antara tahun 1998 hingga 2006 - yakni sejak Rustam memperuaskan bidang kegiatannya daripada sekadar menjadi penganalisis sosiologi politik akademik untuk turut menjadi penggiat politik pembangkang dan gerakan reformasi... Dalam buku ini dikumpulkan 33 artikel Rustam yang secara langsung mengkritik pemerintahan Mahathir - dan didahului dengan sebuah Kata Penghantar baru.


Ketika Internasionale Bergema Lagi
by Lee Ban Chen (RM 20.00) (Koleksi rencana kritis, petikan dari www.malaysiakini.com)

Malaysia adalah sebuah negara yang kompleks di mana tidak seorang pun, apalah lagi pihak kerajaan, yang boleh memberi penyelesaian yang berkekalan terhadap masalah perpaduan negara. Untuk itu, kita memerlukan semua 25 juta rakyat Malaysia supaya berinteraksi antara satu sama lain ... Dengan berbuat demikian, maka rakyat Malaysia akan dapat memahami dengan lebih baik lagi keprihatinan dan aspirasi pelbagai anggota masyarakat supaya kita boleh cari jalan kompromi untuk membolehkan kita hidup bersama secara aman dan makmur ... jika kita berhenti bercakap antara satu sama lain, maka akan cetuslah masalah. Ban Chen, melalui Malaysiakini, adalah seorang penulis yang telah membantu rakyat Malaysia untuk berbuat demikian. - (Steven Gan, Ketua Pengarang, Malaysiakini.com)



No comments:

Post a Comment